Bukan kad raya @ kad jemputan - corEtan akAsHah

Sunday, June 10, 2018

Bukan kad raya @ kad jemputan

Bukan kad raya , Bukan kad jemputan
Cuma something sweet untuk tatapan
Ada tulisan penuh ucapan.. 
bila dapat pindah tempat yang kita nak, seronok kan?

Hmm bila mereka dapat pindah,  doanya siang malam dah termakbul lah tu.  Yang kita nampak hari ini dia seronok. Yang kita tak nampak, hari2 menjeruk rasa. Sedih,  marah,  suka,  duka..  Hmm Kan?  Yang pasti bila ada jumpa situasi gini kan.. Hwaaa kita pon nak pindah jugak!!! Yang pastinya tempat yang kita nak.. Bila agaknya lah kan. Hanya Tuhan yang tahu. 
Bila kena buat kad ucapan ni,  kadang2 terbawa2 elemen buku program.  nasiblah ada Hanim tolong ingatkan.   Buat santai2 aje.. Nanti nampak macam rasmi sangat. Ha ok. 
Dan inilah hasilnya. 
1 warna tema pastel,  satu lagi konsep colour block
Hanim kata "less is more"

Kasha edit pakai apa? 
Macam biasalah,  pakai mirosoft power point. Mula nak guna canva. com tapi tak jadi sebab da biasa guna power point. 
Cara dia
1. Setting page jadi a4. 
2. Create 4 slide untuk 4 bahagian kad.  (outside 2, inside 2)
3. Amik je image comel2 kat google dan gabungkan dalam slide power point
4. Masukkan word yang kita nak
5. Done siap untuk cetak. 
Hmm rasa macam kad yg 1 tu sama pulak kaler ngan baju yang kasha pakai masa buat kad tu.  Kebetulan plak. Haha. Ikut suka kasha aje.  Tak perasan tapi bila dah siap cetak. Tengah potong2 bahagian putih2 kad. tengok2 eh sama plak tema. 
Ok bye. 

Kashah jumpa ayat ni kat timeline, so tambah sikit posting kat sini.
NOTE TO SELF: 
it may be hard
but had is not impossible
kalau boleh. nak. kalau boleh. hari ini jugak nak lari lari ke awak. lari selaju. menuju ke hati  awak. 
ceh ini bukan pickup line.dah pi campak jauh2.
sebenarnya
kalau boleh nak lari..
lari jauh-jauh, tak nak pandang belakang dah
tak nak fikir dah
tapi nak lari mana eh?hmm
PHD?

3 comments:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

rajin betoi.. bleh la ngantor satu. heheeh

Akashah Kassim said...

Zulhilmi
harap maaf.. Pos office da abes time nak anto. Haha..
Nak anto kad ucapan pindah jugak ke?

Unknown said...

Good blog! You have described in a nice way.
Thanks for sharing this information.
kadkahwinonlinemalaysia

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.