Cerita shooting and editing video econvergence - corEtan akAsHah

Monday, May 23, 2016

Cerita shooting and editing video econvergence

Bismillah dimulakan
Hobi dan minat tu seiringan dalam impian
Bila tugas menggalas setiap impian
InsyaAllah ikhlas itu datang
Bukan pinta satu penghargaan
Tapi lebih kepada kepuasan...

Nak jadikan ceritanya, plan masuk video e convergence ni dah lama dari akhir bulan 3,awal bulan 4 kot.. masa tu terjebak masuk sebab ada yang menarik diri.. jadi ambil peluang tarik kawan2 sekeliling masuk sekali, mcm iza, jan, k.lin dan k.maria.. xbanyak plan dibuat sebab setiap minggu masa pnp penuh, event berturut-turut, audit, tugasan sampingan, sampai ke validasi. JPH memang penuh dengan event, event bawah pnp lain, event PIS diberi kepada JPH atas dasar ada pengurusan acara pon lain.kalau buat bisness dah dapat rumah sebiji rasanya.

Usai hari validasi yang terakhir, tup tup
18Mei:
pegawai elearning PIS mesej, mana ye video econvergence JPH? 21 hb tarikh tutup submission
Kasha: hah?baru plan nak shoot 23hb.. (masa tu rasa dah nak jatuh jantung ni, alamak takde harapan lah ni, tarik diri)
Tapi peg elearning soh submit gak macam mana pon bentuknya..

18 mei petang: discuss ngan k.maria, tergempar nak siapkan video, k.maria siapkan skrip sampai ke malam buta, katanya macam nak viva master..da start mesej haziqa mintak gambar wbl.. 
18 mei malam: kasha mesej semua ahli kumpulan, standby utk stay up shoot khamis, jumaat editing, sbtu upload
19.mei pagi: short discussion sambil breakfast.. baca skrip sepintas lalu ..plan storyboard dengan imaginasi je dah masa tu...


19 mei pk10-12.30:  ada pembtulan , nak print skrip la, kasha da start rangka pakaj power point sambil cari contoh video dalam youtube, draft da siap..tinggal masuk video



19 mei petang: start shoot kat laman GIA depan opis walau asalnya nak shoot kat cidec.. dah penat buat yang dekat dulu.. apa2 nanti backup..  shoot tak dapat pakai wireless mic sebab time tu la bateri takde, mic tu problem.. last2 kaku la sikit awal video. Masa tu semua orang opis pelik, buat apa shooting2 ni?
19 mei malam: plan lagi dan baca skrip ..tido sambil pesan kat iza pakai baju cantik lagi esok sambung shoot ngan jan. Komen nak cenggini ke 45 darjah ke 50 darjah ke? Haha serah kat die..rupanya tak abes shoot lagi part 5 strategy...
20 mei pagi: sambung shoot yang tertinggal, kak lin siap bawa madihah lagi berkampung kat opis.. abes shoot ..masa utk edit mcm yg da plan. Iza da start buat jadual.. part die da abes.. k.lin di sisi bagi komen dan semangat

20 mei petang sampai pk7: masih buat editing, eh tak boleh jadi, kena balik. Sebelum kena halau dengan makhluk yang shift malam.hahah.. usung pc bw blk.. smbung plak kat rumah...

20 mei malam bawa ke 6.30 pagi: edit video lagi, nak dapatkan 7minit ni cane, bru 6minit.. adoihai.. masuk je pape video.. 70% bercakap da tak kira da masa tu..harap2 capai lah.. iza siap teman tertido2 die kat ruang tamu, sampai tukang edit pon tertidor gak sejam dua.. alhamdulillah pk 6.30 siap juga.. walaupon ada yang tak puas lagi.. nak wat cane last minit production
21 mei pagi..:tunggu upload video dari pk7 hingga pk11.30 baru 13%.. huarggghh stress makcik.. buat keputusan memang kena masuk opis
21 mei tengahari;masuk opis , upload xsampai 10.minit siap upload, dan alhamdulillah dapat submit url pk1.30 tengahari rasanya.. lega.. puas .. penat.. 48hours.. harap berbaloi walaupon tak sehebat yang pakar...

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung(team yang hebat) dan tidak langsung warga JPH dalam penyediaan video ini

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah... semua berjalan spt yg dirancang. Terima kasih kpd semua yg bersatu hati menyiapkan video terutama sekali kpd Kasha. Berhempas pulas sampai tak tidur. You are the best

Akashah Kassim said...

tq kak maria eh

ReActivate said...

Tahniah.. Akashah dah hebat sekarang.. Boleh buat untuk politeknik pulak, bukan hanya Jabatan semata2.. ;)

Akashah Kassim said...

alamak orang pakar dah keluar..
banyak lagi kena buat
besepah lagi tu

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.